Wednesday, 28 May 2014

Do it Yourself....

D.I.Y....

Mungkin ade yang berminat nak design dan buat sendiri bunga dip atau stokin...walaupun penat sikit tapi seronok. Mau taknye buat sendiri bunga untuk majlis perkahwinan...hehhee.

So..nak mencari bahan-bahan mentah xde la susah...especially yang dok area kl...mane lagi kalau bukan jalan TAR. Harga pun murah kalau nak compare dengan kuantan ni..maklumlah kuantan agak limited stoknye.

Untuk entri kali tutorial kali ni...kita start dengan belajar cara-cara buat bunga stokin.....untuk peringkat permulaan kite try yg simple dulu.

Ok...firstly kite tengok peralatan yang diperlukan;
Cutter, Playar
Gunting, benang
Dawai saiz 16

Dawai saiz 30

Dawai untuk bentukkan bunga
kain stokin

Acuan untuk bentuk dawai










Langkah-langkah membuat bunga stokin;

1. Potong dawai. Agak2 kalau saiz bunga saiz sederhana dawai boleh dipotong empat. Bentukkan dawai mengikut acuan. Boleh guna ape2 jer yang berbentuk bulat.


 
2.So dah siap bentuk2 yang akan kite jadikan bunga. kalau nak buat bunga dip pun sama jer stepnye tapi bunga dip kalau boleh guna dawai yang lembut sikit dari bunga stokin. Warna dawai pun ade pelbagai....

3. Seterusnya bolehlah mula mengikat kain stokin pada dawai yang telah dibentukkan tadi. Dan ikatkan dengan benang.

 

4.Guntingkan bahagian lebihan stokin.


5.Ulangi langkah tersebut untuk buat daun pulak.....

6.Bile dah siap kite boleh lah bentukkan dawai tersebut mengikut citarase....untuk tutorial kali ni saya just nak berkongsi buat bunga yang paling simple dulu.










7.Kemudian gunakan acuan tadi untuk membentuk kesan lengkongan pada bunga tadi.


8. Nak bentukkan daun pun mengikut citarase....hehehe



9. Sekarang meh kite buat inti bunga...terpulang kalau nak guna inti @ stigma bunga jenis macam mane pun. Kalau nak gune manik pun boleh. Ok, masukkan manik ke dalam dawai saiz 30 @ 28....sebab dawai saiz ni lembut senang nak pintal.


10.Dah siap.......so sekarang bolehlah digabungkan seme membentuk bunga.


11.Ikatkan dengan benang agar nampak lebih kemas. seterusnya lilit dengan pelilit bunga.



12. Siap sudah sekuntum bunga.....so bolehlah gabungkan banyak2 pada dawai saiz 16 untuk membentuk sejambak bunga. Daun pun digabungkan...just lilit jer dengan pelilit bunga...dan hasilnye.....................



Senang kan? kalau nak jadikan bunga telur cume tambah dengan lidi, sarung telur serta aksesori-aksesori lain. Erm...untuk entri tutorial akan datang mungkin saya nak share nak buat bunge ros pulak.....



2 comments:

  1. kalau bunga ni sbgai bunga telur berapa harga nya?

    ReplyDelete
  2. salam...sori..baru baca komen....hehe
    harge dari 2 - 3 inggit...ikut bnyk bunge yg nak..

    ReplyDelete